Salam ramadhan semua...

Islam kata bulan ramadhan adalah bulan kita, bulan yang penuh dengan keberkatan.. di bulan ini juga la kita diseru untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah, termasuklah menghadiri majlis2 ilmu.. kali ni ku nak up cerita pasal kursus yang ku hadiri sabtu lepas (5 Sept 09)- Kursus Penjagaan Kesihatan Wanita anjuran KKKL dengan kerjasama LPPKN. Kita sebagai wanita dan isteri perlu menjaga kesihatan diri, sebab kita la yg akan menjaga suami, anak2 dan keluarga kita, kan? memang rugi rasanya sape yg terlepas kursus ni...
ini la Pn Saliza dan tuan punya blog yg embam embam..
Puan saliza dah hampir 6tahun di LPPKN (kalau tak silap dengar) dan dah berbelas tahun sebagai staff nurse termasuklah pengalaman di bilik bedah.. so mmg byk pengalaman yg beliau kongsi yang sangat2 bermakna utk kita sebagai wanita.. mcm2 soalan jugak ku tanya kat pn saliza. lepas dengar ceramah pn saliza, barulah kapla otak ku clear pasal breast n serviks cancer.. tapikan, bila tgk alat nak amek sampel tisu ms buat pap smear tu buatku takut sangat! huhuuu.. cane nih? sebagai langkah permulaan, pn saliza mencadangkan untuk buat sendiri test sebelum buat pap smear.. tapi jgn salah sangka, ini vaginal test yg biasa, bukan pap smear okeh!
ni la rupa test kit tu, dah dipatenkan, selamat dan mudah digunakan
menurut puan saliza, gunakan test kit ini untuk buat tiga kali test, kalau semua test menunjukkan perubahan warna paling gelap, perlu buat pap smear secepat mungkin kerana mungkin kita kena jangkitan kuman, sama ada biasa ataupun paling teruk hingga ke tahap cancer... sape2 yang nak tau pasal ni bleh emel ku ye...
selain dari ceramah, ada sesi praktikal.. antaranya dalam gambar kat bawah ni :
Pn saliza sedang memerhatikan seorang peserta memeriksa dummy breast
sampai di sini dahulu.. semoga post kali ni memberi serba sedikit kesedaran kepada rakan2 wanita ku sekalian... akhir kata, ku nak share kata2 pn Saliza : satu daripada lima orang wanita di Malaysia menghidap breast/serviks cancer, pastikan kita termasuk empat yang tidak menghidapinya.. bagaimana? Prevention is always better than cure!
Betul cikgu....

