..................................................................................................................................
Jumaat, 5 Jun : Pada jam 8.05 malam telah berlaku satu blackout di kawasan Banting, Selangor. Situasi ini telah menimbulkan satu suasana kelam kabut dalam sebuah rumah di Taman Banting B**u yang didiami oleh sebuah keluarga. Hal ini demikian kerana wanita yang tinggal di rumah tersebut, yang juga merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata berasa sangat gusar tentang keadaan stok susu bekunya di dalam peti sejuk. Disebabkan perasaan cemasnya, wanita tersebut dalam esak tangisnya telah mendesak suaminya supaya melakukan sesuatu. Akhirnya si suami mengambil tindakan drastik dengan menelefon TNB careline untuk memaklumkan kejadian tersebut. Tidak cukup dengan satu panggilan, wanita yang cemas itu telah mendail talian careline tersebut sebanyak tiga kali. Keadaan semakin parah apabila situasi blackout berlanjutan sehingga 1 jam 15minit. Walaubagaimanapun, akhirnya pada jam 9.45 malam sistem elektrik di kawasan Banting telah pulih dan wanita tersebut menarik nafas lega kerana stok susu bekunya berjaya diselamatkan daripada cair. Demikian dilaporkan situasi cemas yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu yang bersemangat waja menyusukan bayinya secara eksklusif! 
Gambar menunjukkan stok susu wanita tersebut
Fakta :
Wanita di dalam berita di atas merujuk kepada ku ye kalian... :p serius! memang gabra gila masa ni... mana tak!? penat ku pulun perah susu nak wat stok frozen ebm taw! tgk gambar tu..tak haru namanya kalau terpaksa buang semua sekelip mata? huhuuu...nasib baik Allah mendengar rintihan ku malam tu...syukran ya Allah!
tapi kan kalian, ni lah dugaan ibu menyusu sepenuhnya seperti ku... bila tanya kawan2 yang seangkatan dengan ku...ada juga yang pernah melalui dugaan yg sama.. yang lagi teruk pun ada! Sebab tu ibu menyusu kena kuat semangat...kena cekal...kena rajin..dan yg penting perlu selalu positive thinking! sebab apa? sebab bila ibu menyusu stress, susunya akan berkurang! so, the best way, anything happen n no matter whatever it is or how hard it can be...always remember that >> bf mommy always a bf mommy...we still can express breastmilk n perhaps we can get more milk! sebabnya? sebabnya as long as we bf the baby, the breastmilk will be produce continously.. do remember bfeeding concept - law of demand n supply.
oleh itu, pesanan untuk diriku sendiri.. sentiasa cekalkan diri, insyaallah cita2 mu akan berjaya dicapai! Aminnn...

6 pesanan:
syabas ayu..
alhamdulillah semuanyaer selamat...
nasib selamat semuanya... :)
alhamdulillah sekejap jer black out tu.....
sib baikla tak lama..kalau tak nangisla stok susu tu kena buang...
erm,.. syok dgr cerita exclusive breastfeeding ni,...teruskan usaha!
Salam..
haahkan...zahpun penah kak alami maslah tu..kira siap nak pack susu hantar umah mak..tapi sib baik leh ok balik kalau dak...sedih oo..
Post a Comment