Thursday, April 28, 2011

Pesan saya untuk dia..


Saya betul2 emo sekarang ni.. bila emo haruslah muka akan jadi comel sangat macam elmo!. Betul, saya sedang sangat sedih, tp sedih untuk dia..bukan sedih utk diri saya sendiri. Hakikatnya saya akan lagi sedih kalau saya adalah dia, saya kat tempat dia.

Saya rasa saya faham dia. Saya byk tau pasal dia. Saya byk simpan cerita suka duka cuka dia. Saya pun selalu doakan dia. Saya bersyukur kerana mengenali dia yang sebenarnya dan menjadi salah satu watak dalam kehidupan dia. Cuma yang saya kesal, kenapa ada yang tak cuba untuk memahami dia? Kenapa ada yang suka buruk sangka pada dia tanpa mengetahui hal yang sebenarnya? Saya mungkin cuba untuk membantu dia, tapi yang sebenarnya saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Yang hanya mampu menadah telinga yang tak berapa nak capang ni .

Dari hati yang ikhlas ini, pesan saya untuk dia :

1) Aku tau kau hambaNya yang soleh biarpun kadang terbabas dengan hasutan iblis.
2) Aku tau kau anak yang baik sebab kau pernah menangis di hadapanku bila bercerita tentang ibumu.
3) Aku tau kau salah seorang adik beradik yang bertanggungjawab walaupun kau jarang bercakap
4) Aku tau kau kekasih yang penyayang pada pasanganmu
5) Aku tau kau penjaga yang pandai bergurau dengan anak2 mu
6) Aku tau kau pekerja yang cemerlang di tempat kerja
7) Aku tau kau sahabat yang setia dan disenangi ramai, termasuklah aku
8) Aku tau kau berusaha bersungguh2 untuk masa depanmu

Tetapi,

1) Hanya Allah yang mengerti jerih perit kehidupan yang kau lalui selama ini
2) Ibu dan ayah kau tidak pernah memahami jiwa kau sebenarnya meronta2 berusaha untuk menjadi anak yang terbaik
3) Adik beradik kau tidak pernah ingin bertanya masalah kau dan kau asyik mengalah demi mereka tapi mereka tidak pernah cuba untuk sedar
4) Ada masanya pasangan kau seperti tidak memahami, tapi kau tau dia sangat menyintaimu
5) Anak-anak kau kelihatan bahagia di saat kau bermain bergurau dengan mereka
6) Di mata bos dan rakan sekerja kau adalah seorang yang sangat berjasa! Tapi mereka tak tau banyak pengorbanan kau untuk mereka
7) Kau rakan yang penuh misteri, di sebalik kaca mata kau tersimpan sejuta cerita

dan,
8) Kerap kali juga kau gagal dalam merancang masa depan kau, tapi akhirnya kau berserah kerana kau tahu qada' dan qadar dari Allah ada hikmahnya.

p/s : pesan saya untuk dia, biarlah apa orang nak kata, biarlah apa tanggapan orang pun, yang penting aku tau kisah hidup kau, aku tau susah payah kau dan di masa depan kalau kau perlukan seseorang untuk menyokong kau, aku adalah orang pertama yang akan ke depan dan akan berdiri di sisi kau. Apapun, bismillahi tawakkal tu 'Alallah... wallahualam..

0 pesanan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...