JSJN?
Anda yang menanti2 hari Jumaat pastinya tau apa maksud kedua-dua perkataan tadi. Ya, saya sendiri tiap2 minggu tak sabar menanti hari Jumaat. Di saat saya hypertension, itu la ubat saya..mmg mujarab! Saya penyokong no 1 rancangan realiti tv Maharaja Lawak aka ML! Dari tak langgan Astro Mustika, saya berjaya pujuk dan yakinkan suami bahawa tak rugi melanggan Astro Citra. Hari ni, suami dan saya sama2 gelak guling2 tiap2 hari Jumaat malam Sabtu. Hebat tak hebat penangan ML !
Apa pula JSJN? Jabatan Siasatan Jenayah Negeri? Kalau anda terer, mesti boleh agak yang itu adalah singkatan huruf bagi Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil. Eh eh, mcm susunan kedudukan undian je ek. Terpulang anda nak susun mcm mana, tepuk dada tanya selera.. Saya? saya ada susunan saya sendiri selepas menonton 12 minggu tanyangan ML tak pernah miss! Apa pilihan saya? Nanti dulu.....
Kalau anda masih blur pasal ML, sama ada anda buat2 blur
![]() |
| Credit : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Lawak |
Saingan yang agak sengit kan? Saya sendiri pun agak konpius
Nak kata tak minat Jozan, saya mmg peminat Jozan dan sangat2 terhibur dengan gelagat Jozan masa mengacarakan Rajalawak. Nabil? mmg pilihan saya juga, nak2 masa minggu tema musical. Saya yang tak kenal Bruno Mars boleh minat lagu Grenade! Dan dan terus download lagu Grenade! :p
Jambu? Nak kata tak minat, saya gelak guling2 masa minggu tema selebriti jemputan. Ternyata Jambu telah membuka mata dan hati saya. Walaupun Jambu mulanya bukan pilihan saya, tp sejak mula ML, Jambu mmg jambu, mmg muka lagend tp hati kiut! Muahahahaaa... Macam mana plak ngan Sepah? Bak kata Apek, manis dah habis tinggal sepah, tp sepah mmg tak habis2! Saya mmg pilih Sepah tiap2 minggu! Dah semua saya minat? Apa jawapan saya untuk soalan suami tadi? Siapa ek? Anda rasa?
Satu perkara lagi, takat ckp minat, suka..tak undi tak guna juga, ye tak? Saya jujurnya mmg tak penah mengundi
Tapi untuk finale ML, saya mmg nak tunaikan tanggungjawab saya sebagai peminat! Berapa nak habis? RM5? RM10? RM50?
RM0.50 je kot... ahaksss!
Yang mana satu pilihan saya? pilihan anda? pilihan semua?
24 Jun ni jom sediakan biji mata,
Buka 132 saluran astro citra,
Tengok ML jgn cuba berkata-kata,
Kalau nak tau siapa dia Juara!
p/s : Hari ni, ketika saya sosek sosek pasal ML ni, baru saya sedar yang saya akan ketinggalan


1 pesanan:
hahaaaaa. vote for bang bil. hikhikk lawak cerdik. bkn slapstik
Post a Comment